Saturday, October 29, 2011

11 jenis manusia didoakan malaikat

1 Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."

2 Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: "Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia."



3 Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

4 Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."




5 Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapanlah oleh kamu 'amin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

6 Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."

7 Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit)dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertuga pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?" Mereka menjawab: "Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat."

8 Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ''amin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan."




9 Orang yang membelanjakan harta (infak).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: "Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak."

10 Orang yang sedang makan sahur.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

11 Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
Rasululla s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah mengutus 70,000 malaikat untuknya yang berselawat kepadanya pada waktu siang hingga petang dan pada waktu malam hingga Subuh."

Tak suka shampu rambut

Haha. The first time I watched this scene, I laughed out really loud. It reminds me so much of myself. Sumpah, macam tengok playback hidop sendiri, yang beza cuma pelakon dia. Aku ingat lagi, zaman muda-muda dulu selalu kena tegoq dengan Raihan dan Azreen. Mereka ini sungguh tak malu untuk menyatakan pendapat mereka. Sangat jitu dan sangat teguh. You can't shake them.

Untuk bagi hangpa paham keadaan sebenaq, let me simple it through this way. I was very active in extra-curricular activities during high school. I lived a very healthy and hectic life style. I was quite an athlete la *self-praising moment

Dulu aku sangat aktip bergiat dalam kadet polis. Jalan lasak, berlari, kawad sampai hitam legam tu tak dak apa. Aku boleh buat semua, pumping and stuffs. Dan aku sangat malas untuk syampu rambut. Bagi aku, syampu rambut pon, rambut akan wangi sat ja dalam 5 minit lepaih keluaq toilet. Dalam 10 minit lepas tu akan busuk balik. Jadi apa guna bazirkan duit beli syampu rambut, usaha, tenaga dan masa untuk mengshampu rambut yang sememangnya dah ditakdirkan akan sentiasa busuk? Dan tak penah ada oqang tegoq pon situasi qambut busuk ni.
#macam mana ada oqang nak tegoq, kawan aku yang lain pun rambut busuk gak

Sampaila si Azreen dan si Raihan yang sungguh berani dan bersuara lantang menegur, tanpa sikit pun perasaan goyah. Sama seperti situasi di bawah:




















And you know what they did?




Exactly.



Credit goes to
Japan drama: Nodame Cantabile ep 3

Friday, October 28, 2011

Alhamdulillah


That call. I was watching Korean drama on tv when Abah's phone rang.

'Shidah'.

Kakak aku yang ke-2 telefon. Menjerit dia, girang. Cepat-cepat aku berlari masuk dalam bilik sebab Abah tengah lena depan ruang tamu. Kalau nak ikot, dengan Shidah punya jeritan, aku pon boleh menjerit sekali walaupun tak tau apa sebab. Dan kalau aku dah jerit, haha it means abah boleh bangun dari tidoq berdiri sebab terlampau terkejut. Since Abah baru balik dari kursus dan aku tau betapa penatnya Abah, aku harus cari tempat kat mana jeritan aku dapat dikurangkan.

"Kenapa?"

"Adek, kak dapat tawaran biasiswa tu! Kak dapat kak dapat! KAK DAPAT!"

"WAHH TAHNIAH!" (Aku dah mula bercakap menggunakan tone yang sama)

You see. This is a good thing. Aku banyak diam waktu berbual tadi. Dia betoi-betoi happy. Dia bercakap tentang betapa dia terharu sangat dia berjaya make it through, betapa dia happy sebab dia tak sangka dia dapat, betapa dia happy sebab mendapat tajaan means a great deal to her. And because she's so happy, I am happy to (:

One thing about her, dia sangat rendah diri pasai dia student Politeknik. Waktu dia pi interview dulu pon, dia ada cakap candidate kebanyakannya dari UiTM, USM, UKM dan banyak lagi IPTA terkemuka yang lain. And because of that, dia sangat rendah diri. Tapi kan, aku sentiasa yakin yang dia boleh. Mak yakin. Abah yakin. Kakak yakin. Abang pun, insya-Allah rasakan perkara yang sama. Dan alhamdulillah, pintu rezeki masih terbuka luas untuk dia.

On my behalf, the act of writing this story is not to boast and 'canang satu kampung', NO. This is my way to keep this event as an evident. Aku seorang yang sangat pelupa. Benda apa yang jadi semalam, tak mustahil kalau masuk hari ni aku cakap aku dah lupa. I have a very short term memory. Jadi , aku takkan pernah mau lupa yang Shidah dah berjaya. Sebab kejayaan dia jugak adalah merupakan satu moment bahagia buat aku. Dan kalau aku lupa, post ni ada untuk mengingatkan aku. Wauu, I'm talking real sweet. Mungkin kalau Shidah baca post ni, jom pi makan Kenny's?

Pada yang lain, buat kawan yang aku kenal ataupun tak, junior atau senior, pembaca budiman yang lain, ada satu moral yang terkandung dalam cerita ni. No matter where you're from, what college you're studying at, please do not feel down. As long as you pour in some effort, and strive towards success, success will come running to you. Kak Shidah dulu bukan top scorer waktu sekolah menengah, tapi dia berubah sejak masuk Politeknik. Dan dia berusaha. Dan dia jadi seseorang yang baru. Alhamdulillah, she managed to finish off her diploma and became a first class graduate. And now she's pursuing degree in UIA. Dengan izin Allah, kejayaan datang pada yang berusaha untuk mengubah nasibnya.

All the best for your future journey too, dear readers! ^_^

Mukadimah

I'm not good in choosing layout. Guess I've to bear with it. Currently in Alor Setar. Not doing much, it's semester breaks, and I'm lazying around. This boredom, emptiness..somehow I have to find something I can do to distract myself. In other word, keeping myself an actual job to do.

I gave up on writing quite a time ago. Maybe it's the right time to start it again? Selalunya aku hanya hangat-hangat tahi ayam. Let's see my progress this time.

Work hard, Faizah! (: